Article on SME CORP Malaysia – AFI Brake Manufacturing Sdn. Bhd. Buka Kilang

News & Insights

A brake manufacturer that is steadily strengthening its presence on the international stage through AFI Brake Manufacturing Sdn. Bhd. will be opening a new factory to produce and supply metal backing plates and brake shoes for vehicles.

The plant, which will be built this year in the Gong Badak Industrial Area, is part of the company’s product diversification and business expansion strategy under the S.P. Chong Group, involving an estimated investment of RM6.5 million.

The Chief Executive Officer of the S.P. Chong Group, Chong Fah Ming, said the establishment of AFI Metal Sdn. Bhd., scheduled for May, is expected to produce components such as metal backing plates and brake shoes for both the local and international automotive industries.

“Currently, AFI Brake Manufacturing Sdn. Bhd. produces more than 600 types of brake pads for local, Japanese, and Korean vehicles, with 52% of its products exported to overseas markets including Japan, Indonesia, China, Iraq, Sri Lanka, Singapore, Mauritius, Oman, and Libya.”

“This involves an annual production of 500,000 sets, with a sales value of RM8.5 million,” he said during a briefing held in conjunction with the visit of the Minister of International Trade and Industry, Datuk Seri Mustapa Mohamed, to AFI Brake Manufacturing Sdn. Bhd. in Gong Badak today.

Also present were Chief Executive Officer of the Malaysian Investment Development Authority (MIDA), Datuk Azman Mahmud, and S.P. Chong Group CEO, Chong Fah Ming.

Originally this post published on SME CORP MALAYSIA Official Website  • KUALA TERENGGANU 16 Feb


https://smecorp.gov.my/index.php/en/slides/9-uncategorised/912-afi-brake-manufacturing-sdn-bhd

Pengeluar brek yang makin mengukuhkan penguasaannya di peringkat antarabangsa melalui AFI Brake Manufacturing Sdn. Bhd., akan membuka kilang baharu bagi mengeluar dan membekalkan plat sokongan logam serta kasut brek kenderaan.

Kilang yang akan dibina di Kawasan Perindustrian Gong Badak,dekat sini pada tahun ini merupakan sebahagian daripada proses mempelbagaikan produk dan pengembangan perniagaan syarikat di bawah Kumpulan S.P. Chong yang melibatkan pelaburan dianggarkan kira-kira RM6.5 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan S.P. Chong, Chong Fah Meng berkata, penubuhan kilang AFI Metal Sdn. Bhd., pada Mei nanti dijangka mampu mengeluarkan komponen seperti plat sokongan logam dan kasut brek kenderaan untuk industri automotif tempatan serta antarabangsa.

“Buat masa ini AFI Brake Manufacturing Sdn. Bhd., menghasilkan lebih 600 jenis pad brek untuk kenderaan tempatan, Jepun dan Korea dengan 52 peratus produknya dibekalkan untuk pasaran luar negara termasuk Jepun, Indonesia, China, Iraq, Sri Lanka, Singapura, Mauritius, Oman dan Libya.

“Ini melibatkan pengeluaran 500,000 set setahun dengan nilai jualan RM8.5 juta,” katanya semasa menyampaikan taklimat sempena lawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed ke AFI Brake Manufacturing Sdn. Bhd. di Gong Badak di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Datuk Azman Mahmud dan CEO Kumpulan S.P. Chong, Chong Fah Ming.

Originally this post published on SME CORP MALAYSIA Official Website  • KUALA TERENGGANU 16 Feb


https://smecorp.gov.my/index.php/en/slides/9-uncategorised/912-afi-brake-manufacturing-sdn-bhd

Questions? Let's Chat
Customer Support
Need Help? Chat with us on Whatsapp
Sales & Support
I'm online